Rasulullah SAW pernah melihat akan rupa sebenar benarnya Malaikat Jibril sebanyak 2 kali, yaitu ketika peristiwa Isra' Mi'raj. Ketika Rasulullah melihat Malaikat Jibril dalam keadaan rupanya yang sebenar benarnya, Baginda lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap, apabila dibuka satu sayap maka gelaplah seluruh bumi ini. Namun begitu, Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah bahawa jangan memujinya kerana Rasulullah masih belum melihat Malaikat lain yang lebih hebat kejadiannya. Lalu Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril, "Ya Jibril, adakah masih ada Malaikat yang lebih hebat daripada kamu?" Malaikat Jibril menjawab, "Ya, ada." Malaikat Israfil mempunyai 1200 sayap,dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil paling hebat?" Jawab Malaikat Jibril, "Tidak, Malaikat yang memikul Arasy Allah. Malaikat ini mempunyai 2400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Malaikat Israfil".
Merekalah Hamalat al-‘Arsy, Malaikat Pemikul 'Arsy
*Namun Malaikat yang paling Elok dan paling cantik adalah Malaikat Jibril AS Sang Ruhul Quds...