Diceritakan oleh Al Habib 'Ali bin muhammad bin husein al habsyi ra ( shohibul maulid simtud dhuror ),yang didatangi seorang lelaki. Orang ini datang menghampiri beliau lantas memohon doa dari habib.
Jadi lelaki ini berkata
" Ya Habib doakan saya", ditanya sama habib 'Ali "
Doa seperti apa yang kau maukan?",
jawab lelaki itu"Doakan supaya saya menjadi hamba اَللّهُ yang dicintai اَللّهُ ".
Jawaban lelaki itu membuat habib tertegun dan keheranan.
Kebiasaan orang yang minta doa dari beliau sentiasa mengenai kelapangan rezeki menginginkan kebahagiaan dan seumpamanya tetapi lelaki ini berbeda doanya.
Ditanya lagi sama habib 'Ali " Kenapa kau meminta untuk menjadi hamba yang dicintai اَللّهُ ?",
Jawab lelaki itu"Ketahuilah wahai habib, ketika aku memiliki seorang anak, betapa aku teramat sayang dan mencintai anakku, ketika aku sedang mengendong anak tersebut tiba-tiba anak yang berada di dalam pelukan aku itu tadi dia mengeluarkan kotoran tetapi tidak ada sedikit pun rasa marah di dalam hatiku bahkan buah hatiku yang kecil tadi dengan penuh kasih sayang tetapi tetap aku menciumnya.Sehingga aku ingin ketika aku menjadi hamba yang dicintai oleh اَللّهُ ketika kelak aku kembali kepada-Nya, menghadap اَللّهُ dalam keadaan yang berlumur dosa. Aku ingin اَللّهُ tidak jijik terhadapku, aku ingin اَللّهُ senantiasa mendekatku kerana aku menjadi hamba yang dicintai di sisi-Nya sehingga kesalahanku keburukanku tidak akan dipandang oleh اَللّهُ tetapi اَللّهُ pandang hanyalah kebaikanku kerana اَللّهُ mencintaiku sebagaimana aku mencintai anak yang di dalam pelukanku tadi...
سُبْحَانَ اللَّهِ Semoga kita tergolongan dalam hamba-hamba yang dicintai اَللّهُ . Amiin